Welcome to my Blog!

Saturday, April 16, 2011

MINGGU 6 : Membina Dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan Dalam Penyusunan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

  • Struktur perpautan lebih dikenali sebagai “hyperlink”. Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint. Hal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam bentuk yang lain.
  • Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.
Penghubung hyperteks ini juga mengandungi satu lamat yang dikenali untuk disambungkan kepada alamat tersebut.

STRUKTUR LINEAR

  • Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.

STRUKTUR LINEAR

STRUKTUR LINEAR


Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.

  • Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3.
  • Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan

STRUKTUR HIERARKI

  • Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.
  • Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.

STRUKTUR HIERARKI



  • Guru perlu menyediakan satu laman utama yang di dalamnya mempunyai beberapa pautan yang boleh membantu murid-murid menyelesaikan tugasan atau latihan yang diberikan kepada mereka.
  • Murid perlu pergi ke laman induk terlebih dahulu untuk melihat struktur perpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan.
SISTEM RANGKAIAN

  • Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama.
  • Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel

STRUKTUR RANGKAIAN


STRUKTUR KOMPOSIT

  • Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
  • Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.

STRUKTUR KOMPOSIT

  • Antara satu laman utama dengan laman utama mempunya perkaitan antara satu dengan yang lain.
  • Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.
  • Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan.

0 comments:

Post a Comment