Welcome to my Blog!

Sunday, April 17, 2011

MINGGU 10 : Membina Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Pengenalan

  • Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.
  • Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

Prinsip pembinaan bahan video dan audio

1) Penggunaan elemen teks

2) Penggunaan elemen grafik dan visual

3) Penggunaan elemen audio

4) Penggunaan elemen video

5) Penggunaan elemen animasi


Penggunaan elemen teks

Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.

· Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.

· Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.

· Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai

· Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.

· Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.


Penggunaan elemen grafik dan visual

Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. Grafik merupakan elemmampuen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

1) Pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran

2) Pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama

3) Pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas.

4) Pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi.

5) Gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah.

6) Hanya maklumat penting yang diisi di dalam grafik ini.


Penggunaan elemen audio

Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

  • Menggunakan audio jika ianya bersesuaian dengan isi kandungan aplikasi
  • Pastikan pengguna mempunyai kuasa kawalan (mengawal ketinggian audio, memberhentikannya
  • Elakkan menggunakan terlalu banyak kesan audio yang sama di dalam sesebuah aplikasi bagi mengelakkan kebosanan kepada murid.
  • Penggunaan saiz dan kadar sampel yang tidak terlalu tinggi bagi tujuan rakaman atau semasa menyimpan fail audio
  • Elakkan menggunakan audio jika ia didapati boleh mengganggu persembahan video. Sebagai contoh audio yang tidak sesuai mngikut situasi pembelajaran tajuk pada hari itu.

Panduan meggunakan elemen video

Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.


Panduan menggunakan elemen animasi

  • Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan.
  • Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
  • Di samping itu animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka.
  • Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi.


Panduan gabungan elemen-elemen teks, grafik, animasi dan multimedia dalam persembahan slaid.
  • Bergerak di sekitar bilik ataupun ruang dimana anda melakukan persembahan dan perhatikan bagaimana slaid anda muncul di skrin. Bagi bilik yang boleh memuatkan 30 orang, tajuk selaid seharusnya tidak kurang daripada 24 points dan saiz minima untuk butiran teks (bulleted text) adalah 18 points.
  • Elak daripada memberikan terlalu banyak data dalam satu slaid. Slaid seharusnya memberi gambaran ringkas, huraiannya boleh dilakukan secara verbal.
  • Elak menggunakan grafik atau gambar yang terlalu kecil. Jika anda perlu meminta maaf, maka jangan guna.
  • Guna warna secara selektif. Sebagai contoh warna latar yang terang lebih sesuai untuk bilik yang cerah dan warna yang padat untuk bilik yang gelap. Merah sering dikaitkan dengan bahaya dan berhenti dan kewangan muflis, maka elak menggunakan warna merah untuk carta kewangan yang menunjukan peningkatan.
  • Teks kekalkan ia pada nombor LIMA (+ - 2), contoh lima baris teks untuk satu slaid dan lima perkataan untuk satu ayat.


Grafik: Gunakan visual yang dinamik untuk menarik perhatian dan berikan ruang kosong antara grafik dan teks.

0 comments:

Post a Comment