Welcome to my Blog!
Showing posts with label siti hajar. Show all posts
Showing posts with label siti hajar. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

MINGGU 15 : Seminar Dan Pameran Tmk Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini Dan Mendatang.

Seminar

Seminar menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu. Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu :

  • Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu
  • Penggunaan komputer di sekolah
  • Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer

i. Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel

ii. Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar


Kelebihan

i. Berguna kepada peserta yang terlibat

ii. Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam

iii. Menyediakan bahan dan keteranagan yang baru

Kekurangan

i. Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti

ii. Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya

iii. Sering dijalankan untuk seminar pendidikan

Mengadakan Pameran

Menurut Muhd Abi Sofian dalam bukunya Mengurus Gerai Pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.


Ciri-ciri pameran Bahasa melayu berbantukan komputer

i. Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer

ii. Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma iii. Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang

MINGGU 12 : Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Pengenalan

Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.

Menghantar Emel

  • 1) Buka akaun emel anda seperti yahoo atau gmail
  • 2) Isikan ‘nama pengguna’ dan ‘kata laluan’
  • 3) Kemudian tekan ‘daftar masuk’

  • 4) Kemudian akan keluar paparan seperti di bawah:

  • 5) Untuk menghantar emel, klik pada karang mel.
  • 6) Kemudian isikan “penerima’, ‘subjek’, ‘teks’ dan lampirkan gambar jika perlu di ruang ‘lampirkan fail’.

  • 7) Langkah terakhir ialah klik pada butang “Hantar”
  • 8) Emel sudah siap dihantar.

Blog

Blog merupakan singkatan dari "web log" adalah bentuk aplikasi web yang menyerupai tulisan-tulisan (yang dimuat sebagai posting) pada sebuah halaman web umum. Tulisan-tulisan ini seringkali dimuat dalam urut terbalik (isi terbaru dahulu baru kemudian diikuti isi yang lebih lama), meskipun tidak selamanya demikian. Laman web seperti ini biasanya dapat dilayari oleh semua pengguna internet sesuai dengan topik dan tujuan dari si pengguna blog tersebut.

Sejarah Blog

Media blog pertama kali dipopularkan oleh ‘Blogger.com,’ yang dimiliki oleh PyraLab sebelum akhirnya PyraLab diambil oleh Google.Com pada akhir tahun 2002 yang lalu. Semenjak itu, banyak terdapat aplikasi-aplikasi yang bersifat sumber terbuka yang dikhususkan kepada perkembangan para penulis blog tersebut.

Blog mempunyai fungsi yang sangat fleksibal seperti catatan harian, media politik, berita semasa sehinggalah program-program media, syarikat-srarikat dan sebagainya. Sebahagian blog ditulis oleh seorang penulis tunggal, sementara sebahagian lainnya oleh beberapa penulis. Banyak juga blog yang memiliki kemudahan interaksi dengan para pengunjungnya, seperti menggunakan buku tamu dan kotak komentar yang dapat membenarkan para pengunjungnya meninggalkan komen atau isi dari tulisan yang ditulis, namun demikian ada juga yang yang sebaliknya atau yang bersifat tidak beleh berinteraksi (non-interaktif)

Aplikasi Penyuntingan bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan

Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah tersebut ialah:

(i) Mengumpul bahan dari internet

(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan

(iii) Memulakan semakan

(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan

(v) Simpan maklumat atas talian




MINGGU 11: Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video

Pengenalan

Pengajaran bahasa Melayu Secara sidang video merupakan salah satu pengajaran yang membantu P&P bahasa. Melayu selain menggunakan paparan media seperti audio dan video sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan sidang video ini iaitu:

Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.

· Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.

· Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.

· Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling.

· Pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini.

· Telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi

Jenis Sidang video

· Banyak ke banyak

· Satu ke banyak

· Satu ke satu

CONTOH PENGGUNAAN SIDANG VIDEO

· Pendidikan

· Pembentangan (Presentations )

· Perkongsian kerja antara

· penyelidik

· Berkomunikasi

· Teleperubatan

· Mesyuarat

KEBAIKAN MENGGUNAKAN TELESIDANG

· Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.

· Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagan hieraki sektor korporat dan lain-lain sektor.

· Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

· Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.

· Mempertingkatkan komunikasi.

· Perhubungan pensyarah dan pelajar lebih akrab.

· Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja.

PERISIAN SIDANG VIDEO

· Google Talk 1.0.0.104 Beta

· Pidgin 2.7.9

· Skype 5.1.0.104

· Thunderbird 3.1.7

· Trillian Astra 4.2.0.24

· Windows Live Messenger 2011 (15.4.3508)

· Yahoo! Messenger 11.0.0.1751 Beta

· NetMeeting

· MSN Messenger

KELEMAHAN PENGGUNAAN TELESIDANG

· Kemudahan teknologi, perkakasan dan perisian yang mahal. Merupakan satu ancaman kerana kurang pengalaman untuk menceburkan diri dalam teknologi baru ini.

TRANSMISI SIDANG VIDEO

Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu :

Cekup (capture),

· Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio. Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yangkemudiannya dimampatkan.

2. Mampat

· Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital. Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem.

3. Siar

· Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.

· Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.

MINGGU 9 : Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumum

  • Mengedit boleh didefinisikan sebagai menyunting. Mengedit bahan atas talian pula bermaksud menggunakan perisian yang terdapat dalam internet.
  • Terdapat pelbagai perisian internet yang berkaitan untuk penyuntingan ini dan perisian yang disediakan di internet tidak dapat dimuat turun ke dalam komputer.
  • Penggunaan perisian atas talian dapat menyediakan bentuk atau design yang menarik dan terkini. Bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, maklumat mestilah berkaitab dengan sukatan.
Antaranya ialah :

Bagi mulakan mengedit bahan pengajaran dan pembelajaran di atas talian. Beberapa langkah perlu diikuti.

Langkah 1 :

Bagi mengedit bahan atas talian. Pilih satu perisian yang bersesuaian. Sebagai contohnya mengedit bahan pembelajaran bahasa melayu menjadi brosur dengan menggunakan

http://www.mybrochuremaker.com/signup/success


Langkah 2 :

Layari laman web tersebut dengan menaip semula alamat pada enjin pencari, setelah berjaya melayari laman web tersebut. Anda dikehendaki mendaftar akaun pengguna terlebih dahulu. Nama dan email serta kata aluan diperlukan bagi tujuan mendaftar


Langkah 3 :

Satu paparan selamat datang akan dilayarkan. Setelah itu ketik pada kolum new project yang terdapat di ‘homepage’. Setelah itu isi nama bagi projek yang hendak dijalankan. Dan ketikkan pada butang “create new”


Langkah 4 :

Satu paparan ditayangkan dengan menunjukkan beberapa pilihan bentuk brosur. Ketik pada reka bentuk yang dipilih.


Langkah 5 :

Pilih satu tema brosur, berikan sedikit masa kepada talian internet untuk memuat turun tema yang dipilih. kemudian pilih bahagian yang hendak di edit terlebih dahulu, teruskan mengedit brosur tersebut dengan masukan maklumat yang berkaitan.


Langkah 6 :

  • Maklumat dikemas kini dan hasil kerja di simpan. Siaplah satu brosur berkaitan dengn pengajaran Bahasa Melayu.
  • Bagi mengaplikasikan kemahiran bahasa, guru bolehlah mengadakan variasi aktiviti kepada pelajar. Antara aktiviti yang di cadangkan ialah murid membaca petikan yang terdapat dalam petikan Brosur dan murid menjawab soalan yang terdapat atau dari petikan Brosur